Laman sesawang ini bertujuan untuk merekod, menghebah dan mengongsi maklumat aktiviti bekas pelajar SMSA kohort SPM 1980-1985. Laman ini akan menjadi medium tambahan selepas fesbuk dan wassup yang telah menjadi aplikasi penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan rakan rakan sekolah dan universiti. Pelbagai program diadakan bagi mengeratkan silaturrahim yang telah terjalin sejak sekian lama. Namun dalam suasana pandemik covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia sejak Mac 2020 yang lalu telah membataskan aktiviti ahli. Namun komunikasi antara ahli melalui wassup dan fesbuk terus berjalan seperti biasa. Semoga fasa endemik covid-19 ini akan berakhir dan aktiviti silaturrahim akan dapat diteruskan pada masa yang akan datang, InsyaAllah.